nuff

auuwww.. awak comel la sebab follow sy.. :)

♡ usia chocolate-tubbies.blogspot.com ♡

Daisypath Anniversary tickers
hel0o guys! thanks ok sebab view blog farah nieyh.. entry didalam blog nie 100% kerja tangan saya sebagai penghulu blog ok! .. ^.^.. hopefully korang enjoy dengan cerita farah.. thanks again ya.. muah 1x! =D

Sunday, July 31, 2011

chaiyok-chaiyok!

kalau kamu kurus mesti mengancam

wah! ayat ibu ku! huhuh
itu antara kata-kata ibu yang masih terngiang-ngiang dalam telinga farah nie..urmm..
teringin nak pakai baju cantik-cantik macam orang lain..
sedeh betul la..

nasib cik abang boleh terima farah seadanya.. itu yang penting. 
tapi apa pun puasa tahun nie cuba nak kurangkan berat badan yang semakin berat nieyh.
adews! wish me luck ya! :)

p/s --> kalau kurus agaknye macam mane eyh.. heeee


jom makan ice-cream chocolate :)

KAMI NAK DWET RAYA DAN KAD RAYA DARI DIYAN

assalamualaikum..
selamat pagi guys! ngeee..
pagi nie farah nak join GA dari blog diyana neyh

KAMI NAK DWET RAYA DAN KAD RAYA DARI DIYAN



hehehe... peluang macam nie xleyh lepas..
lebih lagi dapat duet raye kan..
maklum la dah beso nieyh..
mane la nak dapat duet raya da..
so mintak kat blogger la.. blogger-blogger kan baik hati.. hehehe..
so kalau korang nak join click sini atau gambar tu ok..
wish me luck and gud luck jugak untuk kamu! :)

p/s --> semoga ramadhan kali ini bukan ramdhan yang terakhir dan biarlah ramdhan kali ini ramadhan lebih baik dari ramdhan yang lepas.. amin..



jom makan ice-cream chocolate :)

Saturday, July 30, 2011

ngeee


tolong bagitahu dia..
saya sayang dia..
biar dia tahu..
bahawa saya mencintai dia...
p/s --> jiwang malam.. :)

jom makan ice-cream chocolate :)

Friday, July 29, 2011

pontianak! betul ke?

assalamualaikum... 
selamat malam dear.. sehat semua? heee...
tadi tengah blogwalking singgah kat blog abang ben tau..
entry pasal pontianak kat endon tu..
kalau nak baca click sini ok..

dah baca? ok.. dan ini gambarnye..
kalau yang xmau baca.. korang tengok nie ye...


nampak x pontianak tu? nampakkan?

ok.. jom tengok yang ini pulak..



cuba perhatikan ketiga-tiga gambar..
1. posisi 'kakak cantik' tu
2. alunan rambut makhluk itu..
3. macam superimpose sangatkan?
bagi farah gambar tu 1 penipuan.. ketiga-tiga gambar tu sama kan..
tapi ini hanya padangan farah la.. xtahu la sama ada gambar yang atas tu benar..
dua gambar yang farah dapat atas tu..
korang boleh tengok kat sini

 tapi kisah ini dihantar pada tahun 2010..
DJKC pon xtau kesahihan gambar tersebut..
kat office layan cerita dalam blog nie la..
sampai nak ke toilet pon takot.. hehehhe..

akibat terlalu banyak baca cerita dalam blog KC
malam tadi rasa takot lain macam. berdegup jantung nie pukul 4 pagi..
nak tau kisahnye? 
nanti farah cerita ya.. :)

p/s --> semua yang berada dalam bumi ini adalah milik Allah S.W.T. jangan percaya sangat.. dan kalau percaya jangan terlalu taksub.. selamat malam semua.. :)

jom makan ice-cream chocolate :)

Thursday, July 28, 2011

jom join farah! :)

assalamualaikum..
selamat pagi... heee...

1st farah nak ucap terima kasih pada awak-awak yang doakan
abah farah cepat sembuh..
terima kasih tau.. muah! muah! muah! ngeee...
insyAllah hari nie abah dah boleh keluar.. tapi x kompem lagi..
takot kena tanan lagi 2 3 hari kan..
semoga abah cepat sembuh..
sayang abah.. :)

kat office hari nie ada buat makan-makan.
ingat makan-makan cikit je..
gupenye GM pon datang la..
staff bawah pun join.. makan banyak pulak tu.. huhuh..
atas meja farah lagi tuh... 
xcaye.. nak tengok....
meh cnie meh...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



hambik kau! tembikai  depan mate... melantak la kite.. ngeee...
ade lagi nieyh.. 
atas meja farah neyh... hik..hik..hik...



alamak tangan yang huduh tu pulak ader.. spoil lak.. grrrr~~
hahahha... betulkan... weeee...

esok ada lagi makan-makan...
fuh! penuh perut minggu nie..
minggu depan kena kosong lah..
puasakan.. :)

p/s --> semalam kempunan nak makan domino pizza... dah la ade orang belanje.. sedeyhnye! :(

jom makan ice-cream chocolate :)

Wednesday, July 27, 2011

doakan abah farah cepat sembuh ye

boleh x nak mintak cuti esok. xmau keje..
nak tolong ibu... kesian ibu..
ibu tengah sedeh...

abah farah masuk wad..
doakan abah farah cepat sembuh ye...
kesian tengok abah tadi.. pucat je.. urrmmm...
sedeh sangat.. :(


jom makan ice-cream chocolate :)

Tuesday, July 26, 2011

SEGMEN ILMIAH : JOM BERKONGSI HADIS BERSAMA-SAMA


assalamualaikum..
selamat pagi.. :)
pagi nie farah nak join segmen dari syafiqmokhtar

SEGMEN ILMIAH : JOM BERKONGSI HADIS BERSAMA_SAMA



Dari Umar bin al-Khattab r.a katanya:” Ada seorang lelaki berwudhuk tetapi ada kakinya yang tidak terkena air selebar kuku. Dan hal itu dilihat oleh Nabi s.a.w. Disebabkannya baginda bersabda:”Ulang kembali wudhukmu dengan sempurna dan sebagus-bagusnya!” Orang itu pun berwudhuk kembali dan sesudah itu dia solat.” (Muslim)



Huraian
Wudhuk mempunyai enam rukun dan syarat sah wudhuk bergantung kepada enam rukun tersebut. Jika tertinggal atau sengaja meninggalkan salah satu daripada rukun itu, maka wudhuk dikira tidak sah. Rukun-rukun wudhuk ialah:-

1. NIAT, iaitu diniatkan di dalam hati untuk mengambil wudhuk yang ertinya "Sahaja aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta'ala".

2. MEMBASUH MUKA, mengalirkan air serta meratakannya keseluruh muka yang dibasuh, dari dahi sampai ke dagu (jika ada janggut hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri- disunatkan sebanyak 3 kali.

3. MEMBASUH KEDUA TANGAN HINGGA KE SIKU, mengalir dan meratakan air dari bahagian siku hingga ke hujung jari. Mulakan dari tangan kanan dahulu diikuti tangan kiri, juga dilakukan sebanyak - 3 kali.

4. MENYAPU AIR DI KEPALA iaitu menyapu kepala dengan air sekurang-kurangnya tiga helai rambut dan yang lebih baik ialah menyapu seluruh kepala. - 3 kali.

5. MEMBASUH KEDUA KAKI, mengalir dan meratakan air kepada dua kaki serta celah-celah jari kaki tumit hingga buku lali, mulakan sebelah kanan dahulu. - 3 kali.

6. TERTIB iaitu mengikut turutan, yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.


Nukman bin Basyir meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W pernah bersabda:”Doa merupakan satu ibadat, lalu baginda membaca ayat: “Dan berkata Tuhan-Mu: “Berdoalah kepada-Ku...” (Abu Daud dan at-Tirmidzi)




Huraian
Doa adalah jambatan seorang hamba untuk menyampaikan keinginannya. Namun hendaknya kita tidak hanya meminta sesuatu yang hanya mencakupi urusan dunia semata, melainkan mencakupi urusan dunia dan akhirat sekaligus sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran yang maksudnya:” "Maka di antara manusia ada yang berdoa, 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia'. dan tiadalah baginya kebahagiaan di akhirat. Dan di antara mereka ada yang berdoa, 'Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.' Mereka itulah orang-orang yang mendapat kebahagiaan dari apa yang mereka usahakan. Dan, Allah sangat cepat perhitungan-Nya." (al- Baqarah : 200-202).
Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:”Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?” (Muslim)






Huraian
Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain. Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar'i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir. Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.


 farah tag pada sumer yang baca entry nieyh!


p/s --> Islam agama yang indah.. :)

jom makan ice-cream chocolate :)

Monday, July 25, 2011

anak saya dan dia bila dah kawen nanti

assalamualaikum..
selamat malam guys.. heee...
entry malam nie farah creadit untuk kak intan..
sebab dia yang ajar buat nie.. hehhehe

jom tengok macam mane rupa baby farah dengan encik muncet farah.. heeee
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


taraaa!
comel kan baby kami! muhahah..
walaupun agak pelek sikit kt dahi dengan dagu.. tapi nampak comel sangat baby nie.. heee..
kalau macam nie la baby farah nanti..
sanggup ada banyak-banyak baby.. ngeeee *gedik je.. =P

muke baby tu banyak macam muka farah kan.. heeee..
suke sangat.... muah muah muah kt baby neyh.. lalalalala

p/s --> malam nie berangan la ada baby macam nieyh.. :)

jom makan ice-cream chocolate :)

malas ke sekolah

Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.
Ibu: Salim…Salim…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.
Salim: Alah mak… Salim tidak mahu pergi ke sekolah!
Ibu: Apa? Tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.
Salim: Semua murid-murid tak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Salim!
Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!”
Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.
Ibu: Eh…eh…bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik…. Pertama: Salim sudah berusia lima puluh tahun….. Kedua: Salim kan PENGETUA SEKOLAH….!!!”


p/s --> lawak tengah hari.. =)

jom makan ice-cream chocolate :)

ayat saya untuk awak

kadang-kadang kenapa kita perlu ketawa..
sedangkan hati ingin menangis..
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.
p/s --> jiwang pagi.. :)



jom makan ice-cream chocolate :)

Saturday, July 23, 2011

sampai bile aq xkan maafkan kau!

assalamualaikum.. 
selamat petang guys and selamat sejahtera..
petang nie farah rasa nak story sumthing dengan korank..
cerita nie dah lama.. tapi tetibe teringat dan sangat-sangat farah sakit hati!
cuma sekadar teguran.. tapi yang dibalas hanya makian..

citer nie akan mengambil masa 1 taon 14 hari 17 jam untuk membacanya..
kalau x sanggup.. abaikan entry nie. hehhe

actually dorang nie cousin farah.. memang rapat.. tambah lagi kakak dia...
farah memang sayang sgt kt kakak dye.. dan.. farah xnak disebabkan hal nie kami pulak yang gaduh..

hari tu 8 January 2011 jam 10.50pm *igt lagi tarikh doe!
farah tengok la fesbuk adek sedara farah nie.. saja la lama x dengar khabar dye..
then komen album gambar dye..just tanye

 "asal rambot cm ginneh?"
tetibe ad 1 minah nie kaw-kaw tetibe naik hangin!
"suke hati dye la nak buat rambot mcm mane pn!"

aik.. farah pelek la kan.. then tanye elok-elok dye sape..
boleh plak dye cakap dye tu adek kezen farah.. padahal dye xtau farah nie kakak sedara dye..
so bermula la balah menbalah antara kami neyh..
siyes farah cakap,rasa nak ganyang je mulut minah tuh! memang kurang ajar giler!...
boleh pulak dye maki farah dalam tu!
yang x tahan minah kepoh tu bgtau adk sedara farah..
ingat xde ape-ape la.. farah tepon dye then suh dye on9.. nak suh kezen farah nie on9 then tengok ape AWEK kesayangan dye tulis pada farah. tapi nak tau sebelum tu -->

farah "wey,ko kt mane?
kezen "kt luar.. asal?
farah "ko g on9 sekarang!
kezen "asal? wey.. ko ada gtau apa-apa kat awek aq ke?
farah " ko g tengok sendiri apa yang dye tulis"
kezen "aduh!"

tetttttttttttttt *kedit habis lak time tuh

ingat mamat nie nak bekap farah la sekali tuh dye g maki lak farah dalam fesbuk dye tempat
farah dengan awek dye tuh gaduh..
contoh ayat-ayat dia

"wey asal ko cakap mcm tu kat awek aq haa?"
ko tu sape? aq xkenal ko pun la"
"yang ko sebok sangat hal aq apsal"
"aq xde kakak sedara macam ko!"
punye la berderau darah farah time nie..
lagi seronok la minah tu api-apikan kami!
sumpah giler farah rasa nak nangis time tu! banyak lagi yang kitorang gaduhkan..
sebab geram sangat farah hantar mesej kt dye.. bunyi lebih kurang macam nie la


"asal ko kurang ajar sangat dengan k.yang nie?" *farah xpernah bahasa aq dengan adek2 sedara..
"lantak ko larh! ko ingat ko tu sape? aq ngn awek aq dh 4taon kenal.. ko sape nak cakap macam tu kat awek aq? mak aq pun dah kenal awek aq tu.. ko sebok hal aq apsal? sebab ko kami gaduh!"
"cantiknya bahasa ko tu! wey aq nie kakak sedara ko! ingat sikit,aq kenal sape ko dari dulu lagi. jangan nak belagak la wey! aq bgtau acik kang pasal ko" *panas hati nie
"bgtau la! ingat aq takot? ko sape hah?"
"ok fine!lepas nie ko bukan lg adek sedara aq dan jangan sekali-kali ko mengaku aq nie kakak ko!"
"aq xheran la wey!"

ade lagi yang dye tulis tapi farah xbape ingat.. waktu tu memang sedeh sangat adek sedara kite wt cmtu..

xmengaku farah nie kakak dye

 tapi malas nak layan LOVING COUPLE tu so farah senyap terus! delete sumer komen farah dalam gambar tu. then block kezen farah tuh! geram sangat!

bape hari lepas tu dye hantar mesej mintak maaf!
tapi sory la.. farah dh x mengaku dye sepupu farah..
mintak maaf banyak-banyak nak maafkan dye!

then tadi farah ingat nak printscreen komen tu.. tapi xjumpe.. mybe dh di delete kot..
nie je yang farah dapat


farah citer kat kakak dye.. kakak dye pn geram dengan minah tu!
 then farah jumpe nie tadi.. 
k.yang tu pulak pangilan untuk farah..

nie budak yang kurang ajar sesangat tu!

tengok! umur baru 16 taon! tapi mulut memang lancau giler!

nie ada bukti yang minah nie mulut sangat kurang ajar

farah cakap berdasarkan bukti yang ada.. 
nie baru cikit. belambak dalam wall dye yang mencarut-carut!
budak sekola lagi neyh!

ade lepas tu dye call konon-konon tanye la sape nie..
farah x cam number dye sebab farah dh delete dye..
 so farah angkat la.. memang x cam lansung dye ckp ap..
tetibe dye kate name dye &#^&
then dengar betul-betul memang sah dye.. terus farah off tepon..
farah hantar msej kat dye

"oh.. kamu.. yang x mengaku aq nie kakak sedara kamu ye..
yang sayang sangat kat awek kamu tu ye"

dye balas 

"k.yang ke? sorry la k.yang.. *#$! janji x buat lagi.. pomiiss"
sorry,i xbalas mesej murah macam tuh!
rasa marah dalam hati nie xkan berkurang! sampai bile-bile!

mesti korang cakap "sedangkan nabi ampunkan umat.. nie pulak manusia"
tapi... farah bukan nabi dan xde sifat maksum.. so biar la bende nie terbiar macam nie..
farah harap raya taon nie farah xkan jumpa dia! kalau jumpa jugak kat kampung xde makne nak tegur..
kene lempang boleh la!

p/s --> rasa terkilan dengan semua nie..





jom makan ice-cream chocolate :)

x sempat la!

assalamualaikum..
hyep guys! selamat tengah hari yer... heeee...
semalam baru upload gambarkan.. then ingat nak snap pic kt klia.. tp xsempat la..
bz sgt.. lagipun kat sane sumer lelaki.. kalau perempuan pn ada la 2 3 kerat..
menakutkan betul la..
rasa nak lari je..
makan pulak macam orang setaon xdapat makan.. adui.. kesian betul la tengok budak-budak tu..
huhuhuhuh....

tapi dorang best walaup pun agak nakal.. suke mengusik.. biasa la tuh.
tapi saya xgedik ye kat sane... dok kat pantry je..
kikikikiki..


p/s --> tunggu lagi bape bulan or bape minggu untuk ditukar kt sane.. heee

jom makan ice-cream chocolate :)

Friday, July 22, 2011

1st time pakai pashmina

assalamualaikum...
hye guys! selamat pagi.. heee.... hari nie hari jumaat yang mulia..
sempena hari yang mulia nie.. jom kita sedekahkan Al-Fatihah buat kedua ibubapa kita sama ada yang masih hidup ataupun yang telah kembali ke sisi-Nya..
Al-Fatihah..
Alhamdulillah...

entry untuk hari nie.. wah! hahahah... tengokla tajok tuh.. ngeh ngeh ngeh...
disebabkan harinie farah ada majlis kt office dan tengah hari nanti ada majlis kt KLIA pulak,so farah decide nak pakai pashmina same warna dengan blouse yang farah baru beli minggu lepas.. heheh...
1st time farah berani pakai warna yang colorful contoh mcm sekarang... pashmina warna green ok.. blouse pulak blue-green!
heheh... memang berani habis la harinie.. kalau x jgn harap la nak pakai mcm nie..  
gambar diambil menggunakan webcam farah!


taraaaaa! hahha...
ada lagi.. =)


lagi oke kalau x senyumkan... ngeeeeeeeeeee...



.
.
.



.
.
.


comel x? *perasan la farah nie.. lalalalala


hihih... sy suke buat muke tau! so jangan la kate sy gedik.. =(


weeeeeeeeeee.... blurp blurp blurp!
bukan senang nak pakai pashmina nie tau..
farah baru belaja semalam.. tengah malam pulak tu..
lepas tu,pagi tadi bukan terus jadi mcm nie.. cuba punya cuba xjadi weyh!
abah lak dh siap.. kelam kabut farah pagi tadi..
so lilit macam biasa... sedeh tau.. sampai office pashmina nie dh jadi xbetul.. siyes buruk beb! 
xpuas hati nie.. masuk toilet buat mcm biasa.. tp macam serabai lak.. sebab pashminakan besar...
masih xpuas hati lagi ok...

lastnya bila pintu office dh bukak,cepat-cepat masuk surau.. buat betul-betul.
akhirnya jadi la macam gambar kat atas tu..
nie percubaan pertama.. hehehe..
nampak sweet x? =P
macam nie baru semangat nak pergi lunch kat KLIA! muahhaha...
before the end!
ini last picture ok.. =)


hahahaha... kite main juling-juling pulak.. weee
nanti kat KLIA kite snap! snap! snap lagi oke!
heheheheh....

p/s --> suke dengan penampilan baru nie.. =)

jom makan ice-cream chocolate :)

Thursday, July 21, 2011

grrrrrrrrrrr~~~


benggang je tengok bende nie kt office...
argghhhh!
T.T



jom makan ice-cream chocolate :)

malam khamis

saya benci awak!
akhirnya ayat itu yang keluar dari farah....
terima kasih...

jom makan ice-cream chocolate :)

Wednesday, July 20, 2011

cepat la tukar!

hari nie,hari ke 13 farah duduk dalam office nie.
2 minggu lepas ok lagi.. masuk minggu ke 3 neyh..
argghhh! rasa nak menjerit dalam office nie biar akak-akak dgn abang-abang office tau yg farah BORING giler kt sini... hurmmmm... sangat boring tau x!
nak tunggu dorang bagi keje.. aduh.... boleh tido tau.. ok memang la ade keje.. tapi... keje ap yeh? -->
  • double check document
  • stapler paper-paper meeting
  • photocopy paper book
  • key in data dalam komputer
  • dengar akak-akak tu bersembang
  • dengar akak-akak tu makan

nie kerja farah *kalau dia bagi.. tapi jarang sangat ade
sedeyh tau x! farah bahagian elektrik! bukannye bahagian IT nak key in data bagai!
dah la sejuk..
cepat la dorang pindahkan farah kt terminal KLIA tuh!
xlarat nak dok sini sorang-sorang xde kawan tau x!
eh.. dorang nak pindahkan farah kt SIC dulu..
(sepang international circuit )
xkire la... kt mane pon ok... janji jangan tempat panas sgt..jangan tempat sejuk sangat..
dah la report pun x cop lagi weyh! cmne nak buat nie... 
aduh!

p/s --> rasa nak pengsan dok dalam aircond neyh.. =(

 

jom makan ice-cream chocolate :)

Alhamdulillah... 6 bulan sudah...

saya : sy memang sweet pn. baru tau ke? hoho.. syg.. hari nie genap dh 6 bulan kite bersamakan.. sy nak bagitahu awk,sy sayang awak. terlalu sayangkan awk.. semoga Jodoh kite sentiasa bersama syg,, amin..
awak :  selamat ulang tahun kite syg.. he3.. InsyAllah semoga Jodoh berpanjangankan syg.. sy pun syg dn rindu pd awak jugak.. syg jom masuk tido.. mengantok lar..
saya : amin... sayang awak selamanya.. ok jom tido.. pagi esok jgn lupa mesej tau. gud nyte.. Assalamualaikum..


alhmdulillah... hari nie dah genap 6 bulan farah dengan dia.. mungkin korang kate "alaaa.. baru 6 bulan... tu pun nak kecoh " 
nak tau farah cakap ape?
 "ah! jeles la tuh tgk org romentik-romentik" 
muhahah.. gurau jela! walau baru 6 bulan rasa mcm dh bertahun-tahun dengan dia..
farah harap 6 bulan nie akan terus berganda kepada 6 tahun! 60 tahun! 600 tahun! *eh boleh ke?
yang penting... doakan kami sentiasa tabah dalam hubungan ini.. =)

terima kasih sudi terima saya!
terima kasih selalu memahami sy!.. *walaupun kadang-kadang awk bt sy nanges tersedu-sedu =P
terima kasih awk dh terima family sy!
terima kasih datang jauh-jauh semata-mata nak jumpa sy!
terima kasih sebab awak selalu ada untuk sy! 

♡ sayang awak tau! ♡


♡ wink wink wink ♡

p/s --> auuuwww... kalau geli jangan baca lelame tau.. hehehehehe...

jom makan ice-cream chocolate :)

Tuesday, July 19, 2011

incik muncet sy...

saya : yela awk ambik sy.. xkn sy nak datang sane sorang-sorang pulak
awak : boleh juga ye. saya ambil awak.. tido sini eh
saya : tido sane? xnak la.. segan.. kalau raya InsyAllah sy datang eyh..
awak : nak segan kenapa pulak syg nie. erm rumah saya rumah awk jugakkan..
saya : maksudnya??
awak : maksudnya.. xperlu segan.. sy dah anggap awak macam bini sy dah...

farah rasa awak sangat-sangat comel dengan ayat nie.. rasa terharu sangat-sangat.. dah berkaca-kaca mata nieyh *ok itu tipu.. hehehhe.. tapi siyes memang rasa suke sangat-sangat..walaupun dia x seromantik mane.. tapi dia caring sangat-sangat.. lg 1.. dia bukan suke farah tulis balik apa dia mesej.. hehhe.. saje je kenakan dia.. dia pun macam dah biasa.. sayang kalau awak baca nie esok.. jangan marah tau.. * tarik telinga sambil buat muke comel



p/s --> esok genap 6 bulan.. hehehehehe...


jom makan ice-cream chocolate :)

Monday, July 18, 2011

x sehat tapi sehat... grrrrrrrr~~

assalamualaikum...
selamat petang sayang-sayangku.. =)
farah nak mintak maaf sebab bape hari nie farah x update entry kan.. kesian korang tunggukan *perasan je farah nie.. huhuh

hari jumaat lepas farah x bape sehat.. sabtu pulak demam... semalam ok.. hari nie balik plak demam.. aduh.. tadi mane ad buat keje kt office. tido je.. akak-akak sumer suh ambik MC... aduh... terima kasih jugak pada korang sebab sudi follow blog farah yang comot neyh.. heeee =)
muaaaahhh!

semalam x demam sebab laling i datang.. cewaaahhh! hahha... sebab tu dalam x sehat boleh jadi sehat.. heee.
macam dah dapat restu la pulak...
alhmdulillah..
family farah macam suke kt dia... wink wink wink..senang hati ok. =)
hari nie xleyh post panjang-panjang sebab x larat la..
nanti farah post lagi eh bile dah sehat.. =)
before tu tengok la nie.. -->


hehehe.. muke kepenatan.. =)
sayang awk sangat-sangat... muahhhhhhhhh!
*over lak dia nieyh.. =P

p/s --> banyak lagi gambar.. nanti farah upload tau.. weeeeeee

jom makan ice-cream chocolate :)

Saturday, July 16, 2011

sunat memotong kuku... (PENTING!!!!!!!)


Subject: Cara potong kuku dalam Islam   Mon Apr 21, 2008 10:00 am

FITRAH RASULULLAH SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM
Menurut Kamus Dewan, kuku ialah selaput atau bahagian keras yang tumbuh
pada hujung jari manusia, benda keras yang menganjur yang tumbuh pada hujung
kaki binatang (ada yang besar dan ada yang panjang dan tajam).

kuku paling panjang di dunia.. ada setan bergantong sitok kali eyh!


Kuku yang diciptakan Allah Subhanahu wa Ta'ala mempunyai peranan
dan kepentingannya yang tersendiri kepada manusia. Dalam hukum Islam, kuku
berperanan dalam beberapa perkara hukum yang tidak seharusnya diabaikan oleh
umat Islam. Walaupun ia dilihat hanya seolah-olah perkara kecil, namun
kadang-kadang ia adalah perkara besar, sebagai contoh ketika seorang yang masih
dalam ihram haji atau umrah didenda membayar dam kerana memotong
kukunya. Demikian juga kuku boleh menyebabkan tidak sah wudhu atau mandi junub,
jika air tidak atau terhalang sampai ke kuku.


Beberapa permasalahan yang berhubungkait dengan kuku dari segi hukum,
hikmat memotong kuku, memanjangkan dan mewarnanya akan dibincangkan dalam
Irsyad Hukum kali ini.


1. Hukum Dan Hikmat Memotong Kuku

Memotong kuku adalah termasuk dalam amalan sunat. Sebagaimana disebutkan
dalam hadis dari 'Aisyah Radhiallahu 'anha yang maksudnya:


"Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah):
memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong
kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari,
bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: "berkata Mus'ab:
"Aku lupa yang kesepuluh kecuali berkumur."


(Hadis riwayat Muslim)

Memotong kuku adalah sunat bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku
tangan atau kaki. Adapun hikmat daripada pensyariatan memotong kuku ialah
menghilangkan segala kotoran yang melekat atau berkumpul di celah kuku, yang
mana kotoran tersebut boleh menghalang sampainya air ketika bersuci.


Selain daripada itu, jika kuku itu pula dibiarkan panjang dan segala
kotoran atau najis melekat di dalamnya, nescaya ia boleh menjejaskan kesihatan.



jgn malas potong kuku



2. Cara Dan Benda Untuk Memotong Kuku

Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri,
memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.


Menurut Imam an-Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan
keseluruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti
ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari.


Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking
sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah
kelingking.


Harus seseorang itu memotong kukunya dengan menggunakan gunting, pisau
atau benda yang khas yang tidak menyebabkan mudharat pada kuku atau jari
sepertimana yang dikenali sebagai alat pemotong kuku.

Setelah selesai memotong kuku, sayugia segera membasuh tangan (tempat
kuku yang telah dipotong) dengan air. Ini kerana jika seseorang itu menggaru
pada anggota lain, ditakuti akan menghidap penyakit kusta.


Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi bahawa makruh
memotong kuku dengan menggunakan gigi kerana ia boleh mewarisi penyakit kusta.


3. Waktu Memotong Kuku


Dalam perkara memotong kuku, waktu juga diambil kira dan diambil
perhatian dalam Islam. Adapun waktu memotong kuku itu tertakluklah pada panjang
kuku tersebut. Bila-bila masa sahaja diharuskan memotong kuku apabila seseorang
itu berkehendak pada memotongnya. Akan tetapi janganlah membiarkan kuku
tersebut tidak dipotong sehingga melebihi empat puluh hari. Sebagaimana
diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang maksudnya :


"Telah ditentukan waktu kepada kami memotong
misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami
tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam."


(Hadis riwayat Muslim)

Adapun menurut Imam asy-Syafi'e dan ulama-ulama asy-Syafi'eyah, sunat
memotong kuku itu sebelum mengerjakan sembahyang Juma'at, sebagaimana
disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum pergi ke masjid
untuk mengerjakan sembahyang Juma'at.



tik tok tik tok




Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah Radhiallahu
'anhuma
berkata yang maksudnya :


Maksudnya: "Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:
"Sesiapa yang mandi pada hari Juma'at, bersugi, berwangian jika
memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik kemudian keluar rumah sehingga
sampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orang-orang yang telah
bersaf, kemudian dia mengerjakan sembahyang apa sahaja (sembahyang sunat), dia
diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata sehingga selesai
mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa di antara Juma'at itu dan
Juma'at sebelumnya."


(Hadis riwayat Ahmad)

Daripada Abu Hurairah
katanya yang maksudnya :


"Bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alahi
wasallam memotong kuku dan mengunting misai pada hari Juma'at sebelum Baginda
keluar untuk bersembahyang."


(Riwayat al-Bazzar dan ath-Thabrani)

Sementara menurut Ibnu Hajar Rahimahullah pula, sunat memotong
kuku itu pada hari Khamis atau pagi Juma'at atau pada hari Isnin.

4. Menanam Potongan Kuku

Islam sangat perihatin terhadap memuliakan anak Adam termasuk memuliakan
anggota badan manusia. Potongan-potongan kuku
sunat ditanam di dalam tanah
sebagai tanda menghormatinya, kerana ia salah satu daripada anggota manusia.
Sebagaimana disebutkan dalam kitab Fath al-Bari, bahawaIbnu 'Umar Radhiallahu
'anhu
menanam potongan kuku.


5. Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas Dan Junub

Menurut kitab Al-Ihya', jika seseorang itu dalam keadaan junub atau
berhadas besar,
jangan dia memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau
memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Kerana
segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan
junub.


Rasulullah S.A.W Bersabda, Yang Bermaksud Barang
Siapa Yang Mengerat Kukunya Pada ;



Hari Sabtu

Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad

Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin

Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.

Hari Selasa

Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.

Hari Rabu

Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis

Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari
penyakit.

Hari Jumaat

Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya
dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.


 p/s --> masih perlukan bukti atau ap? yang baik xnak ikowt... yg x baik tu la berebut2 org nak buat..
jom makan ice-cream chocolate :)

Friday, July 15, 2011

kesian farah...

Assalamualaikum..
tengah hari tadi farah post pasal kureng sehatkan..
malam nie betul-betul x sehat..
kena selsema! urmmmmm... :(
seksa woo.. asyik bersin je... tekak pulak sakit.. nak menelan pun sakit... baru 2 minggu lepas baik dari batuk.. nie selsema pulak!
sedehkan... T.T

esok ingat boleh jalan-jalan dengan incik muncet.. tapi dye kena masuk keje lak..
lagi bertambah selsema farah nie.. sob sob sob!
tapi xpe la.. ahad ada lagi... rindu sangat kat dye.. bape bulan dah x jumpe.. lagi sedeh kan.. =(

p/s --> sehari je lagi ok.. =.="

jom makan ice-cream chocolate :)

baca tau! hahahaha

 Assalamualaikum..
salam jumaat ye kawan-kawan.. =)

pagi tadi farah ingat nak berblogging kejap.. tapi mata nie berat lak.. pasang laptop then dengar lagu jerk..
lagu jiwang pulak tu.. mane x ngantokkan.. sementara tunggu kak siti bagi keje. terlentok la sekejap td...
tambahan pulak,farah rasa x berape sehat hari nie. tekak nie rasa perit jerk! dah la pagi tadi hujan. masuk office, aircond sejokkk.. hari-hari pakai sweater... =( *sambil buat muke kesian
kesian kan? 

disebabkan hari nie hari jumaat yang mulia,maka rehat dalam office nie dipanjangkan dari 12.45 - 2.45.. lamekan? hari nie farah banyak keje. print sane.. *fotokopi cnie... memang mate nie xde rehat la.. dah la macam nak demam.. sob sob sob.. T.T
lepas rehat nie ada lagi kot keje. uwaaa! keje banyak tapi report x buat.. cmne tuh?
bile pagi tadi xde keje..
nie la jadi keje farah -->
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

wink wink wink



*ok hodoh!

so jadi la muke ngantok tahap cipan nie.. erkkkk... =.="
mesti korang cakap "asal pompuan suke wt muncung itik tu hah?"
jawapannya ==>

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

suke hari saya la! hehehehehe...
gurau je beb! gambar nie terjadi secara spontan*ok farah tipu
so jangan la kate farah yeh... =(

nak tido sat kat surau... weeeeeeeee~~

p/s --> esok weyh!!!!!! =)


jom makan ice-cream chocolate :)

Thursday, July 14, 2011

tengok nie!

pagi nie saje jalan-jalan kt cik google. then boring-boring,taip la name sendiri..
nak tengok sape la ada nama macam sy yeh... hohohoh...
tapi... 
jeng jeng jeng *scroll ke bawah ckt
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

taraaaaaaaa!


hahahha... muke farah la... wink wink wink...
cik google nie x baik tau curi gambar sy! heeeeeeee... =)
huduh pulak label tu kan.. 
heeee...

p/s --> harinie pakai baju karer pink.. dh mcm baju orang pregnant lak... erkkkkk... =.="





























jom makan ice-cream chocolate :)

Wednesday, July 13, 2011

sedap ok~~


yumyummm... sedapkan... hihihih..
sementara menunggu sisa baki masa yang ada nie untuk balik, teringat resipi yang farah salin semalam untuk buat biskut cornflakes. excited sangat dapat resipi ok..
tapi hari nie bukan nak cerita pasal resipi. ini disebabkan x lama lagi kita semua kan nak sambut Ramadhan Al-Mubarak,so persiapan untuk puasa pun makin meriah dan persiapan raya lagi la.. hohohoh..

farah nie bukan jenis yang pandai masak. memang x tahu pun.. setakat nak masak untuk makan sendiri tu boleh la.. tapi nak bagi orang rasa masakan kite nie rasa serba salah. kang masuk sepital kang. naya eden! hahha.. xde la gurau! tapi farah memang x pandai masak ok.. *kesian en.muncet dapat bini macam nie. kikikikikik
tahun lepas pulak farah teringin sangat nak buat biskut raya.. cornflakes jugak.. 1st percubaan memang xjadi.. masuk yang kedua jadi beb! bangga la wey.. haha.. one more thing.. farah memang obsess dengan biskut cornflakes! sedap sangat! gembira sungguh tahun lepas.. hihihi..

so... untuk tahun nie.... farah nak buat lagi bikut cornflakes. macam gambar yang atas nie la.. hihih... 
nak beli bahan-bahan then cuba dulu b4 raya nieh..
excitednya!!! lalalalalala... kali nie ada tetamu istimewa nak datang. so kena la tunjuk yang kita nie pandai buat kuih.. muahahahahah..
kalau nak rasa datang la rumah raya nanti..
*pose pun x lagi kan.. =) 




p/s --> 1st time nak sambut puasa dengan en.muncet.. ^.^

jom makan ice-cream chocolate :)

Copyright@Segala Yang Tercatat disini Merupakan Hak Milik Farah'AtiqahFadzil